Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam MukimSayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.
Teknik pembuatan labu sayong
Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
- Pembuatan tradisional
- Pembuatan moden
- Throwing / Teknik lemparan alin
- Teknik acuan
- Teknik sepuh
#Ikhsan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Labu_sayong
No comments:
Post a Comment